Monday 1 February 2016

Kesimpulan


Daripada keseluruhan blog ini saya membuat kesimpulan bahawa kejadian tumbuh-tumbuhan ini untuk kesenanagn hidupan lain dan menunjukan kepada kita akan kekuasaan allah S.W.T.blog ini juga ada menunjukan pandangan para ulamak dan para saintis akan tumbuh-tumbuhan.kesimpulanya, tumbuh-tumbuhan adalah suatu ciptaan allah S.W.T yang penting kerana mempunyai pelbagai guna kepada makhluk lain.

Rujukan

Blog ini dirujuk melalui Laman sesawang seperti Google, Youtube, Facebook, dan beberapa Blog yang lain.

Sunday 31 January 2016

Pandangan Saintis

Pandangan saintis menyatakan Tumbuhan merupakan salah satu daripada alam benda hidup yang terdapat di alam semester. Tumbuhan merupakan organisma yang terkandung dalam alam Plantae. Biasanya, organisma yang menjalankan proses fotosintesis diklasifikasikan sebagai tumbuhan. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalani proses fotosintesis. Cahaya matahari, udara dan juga air merupakan keperluan asas bagi setiap tumbuhan.Tumbuhan merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani proses fotosintesis dan menghasilkan kanji. Sel tumbuhan berbeza dengan sel haiwan dalam beberapa segi termasuk sel tumbuhan mempunyai dinding sel.
USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN berpandangan :

Kejadian tumbuh-tumbuhan juga menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T. Tumbuh-tumbuhan yang beraneka jenis yang terdapat di bumi ini adalah untuk memberi kesenangan kepada manusia di samping memperoleh beberapa manfaat untuk memenuhi keperluan hidup manusia. Tumbuh-tumbuhan dan tanaman merupakan penyempurnaan kepada kehidupan manusia dan lain-lain makhluk Allah. Dengan itu, manusia dan binatang memperoleh makanan yang sangat penting untukmeneruskan hayat di bumi ini. Hasil tanaman juga merupakan sesuatu sumber yang penting kepada pembangunan sesebuah negara. Ia juga penting kepada keindahan alam sekitar. Tumbuhan ini juga penting untuk menghalang daripada terjadinya hakisan dan tanah runtuh yang mengancam manusia. Suhu yang panas juga dapat dikurangkan dengan adanya tumbuhan kerana ia menyerap gas karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen. Manusia dapat mengeksploitasi tumbuhan sebagai bahan makanan, dan pelbagai jenis ubat diperoleh daripadanya. Kita hendaklah bertanggungjawab menjaga tumbuh-tumbuhan daripada dimusnahkan dengan sewenang-wenangnya. Sekiranya perbuatan tersebut dibiarkan, segala manfaat daripada tumbuh-tumbuhan tidak dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

ANTARA KOLEKSI GAMBAR DAN VIDEO KEJADIAN TUMBUH-TUMBUHAN

                    ANTARA GAMBAR TUMBUH-TUMBUHAN


                   




    TUMBUH-TUMBUHAN  MEMPUNYAI PELBAGAI PENAWAR PENYAKIT DAN MEMPUNYAI KECANTIKAN YANG LUAR BIASA



ANTARA KOLEKSI  VIDEO 


                             


                             

TUMBUH-TUMBUHAN JUGA MEMPUNYAI PELBAGAI KEPENTINGAN UNTUK ALAM SEMULA JADI DAN JUGA MANUSIA

FAKTA - FAKTA AL-QURAN DAN HADIS

FAKTA-FAKTA

Tumbuh-tumbuhan adalah suatu ciptaan allah yang sangat istimewa dan penting bagi hidupan lain. Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan boleh menjadi bahan makanan kepada hidupan lain. Tubuh tumbuhan juga dicipta untuk menunjukkan kekuasaan allah. Sepertimana di dalam ayat 
Al-An'aam:99

MENGIKUT AL-QURAN
{وَهُوَ الَّذِي أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ شَيْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا نُخْرِجُ مِنْهُ حَبًّا مُتَرَاكِبًا وَمِنَ النَّخْلِ مِنْ طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنَّاتٍ مِنْ أَعْنَابٍ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُشْتَبِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ انْظُرُوا إِلَى ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَيَنْعِهِ إِنَّ فِي ذَلِكُمْ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ} [الأنعام: 99]

maksudnya ialah :
Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.    

Lihat surah Al-Baqarah 61

وَإِذْ قُلْتُمْ يَا مُوسَى لَن نَّصْبِرَ عَلَىَ طَعَامٍ وَاحِدٍ فَادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنبِتُ الأَرْضُ مِن بَقْلِهَا وَقِثَّآئِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَا قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ الَّذِي هُوَ أَدْنَى بِالَّذِي هُوَ خَيْرٌ اهْبِطُواْ مِصْراً فَإِنَّ لَكُم مَّا سَأَلْتُمْ
 Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: “Hai Musa, kami tidak bisa sabar (tahan) dengan satu macam makanan saja. Sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu, agar Dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan bumi, yaitu sayur-mayurnya, ketimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya, dan bawang merahnya”. Musa berkata: “Maukah kamu mengambil yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik ? Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperoleh apa yang kamu minta”. Lalu ditimpahkanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Hal itu (terjadi) karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (terjadi) karena mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas 

FAKTA-FAKTA DALAM HADIs


فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُمْ بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِنْ سِدْرٍ قَلِيلٍ                                             
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             
    Lihat Surah Saba’ ayat16

“Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr”.
Atsal adalah pohon yang sejenis cemara dengan nama latin Tamarix aphylla ( L) Karsten . Atsal ini juga disebutkan di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim rahimahumallah ketika menjelaskan tentang kayu yang digunakan membuat mimbar Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Surah  An Naml ayat 60

أَمَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَأَنْزَلَ لَكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا بِهِ حَدَائِقَ ذَاتَ بَهْجَةٍ مَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُنْبِتُوا شَجَرَهَا أَإِلَهٌ مَعَ اللَّهِ بَلْ هُمْ قَوْمٌ يَعْدِلُونَ
Atau siapakah yang Telah menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah, yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya? apakah disamping Allah ada Tuhan (yang lain)? bahkan (sebenarnya) mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran).