Sunday 31 January 2016

USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN berpandangan :

Kejadian tumbuh-tumbuhan juga menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T. Tumbuh-tumbuhan yang beraneka jenis yang terdapat di bumi ini adalah untuk memberi kesenangan kepada manusia di samping memperoleh beberapa manfaat untuk memenuhi keperluan hidup manusia. Tumbuh-tumbuhan dan tanaman merupakan penyempurnaan kepada kehidupan manusia dan lain-lain makhluk Allah. Dengan itu, manusia dan binatang memperoleh makanan yang sangat penting untukmeneruskan hayat di bumi ini. Hasil tanaman juga merupakan sesuatu sumber yang penting kepada pembangunan sesebuah negara. Ia juga penting kepada keindahan alam sekitar. Tumbuhan ini juga penting untuk menghalang daripada terjadinya hakisan dan tanah runtuh yang mengancam manusia. Suhu yang panas juga dapat dikurangkan dengan adanya tumbuhan kerana ia menyerap gas karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen. Manusia dapat mengeksploitasi tumbuhan sebagai bahan makanan, dan pelbagai jenis ubat diperoleh daripadanya. Kita hendaklah bertanggungjawab menjaga tumbuh-tumbuhan daripada dimusnahkan dengan sewenang-wenangnya. Sekiranya perbuatan tersebut dibiarkan, segala manfaat daripada tumbuh-tumbuhan tidak dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment